Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Sempena dengan bulan yang mulia ini adalah lebih baik kita melakukan perkara yang baik dan menghindarkan perkara yang buruk. Oleh sebab itu, aku hamba yang hina ini mengambil peluang mengerjakan segala yang mulia dan ianya dimulakan dengan perbuatan memaafkan...walau pun sukar dan hati terluka, tetapi adalah lebih baik aku mengambil berkat bulan Ramadhan ini untuk setapak melangkah menjadi hamba yang disayangi Allah swt dengan memaafkan dan bermuhasabah akan kekurangan diri... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari hambanya.
Buat semua yang disayangi dan teman-teman yang dikasihi, tegurlah kekurangan diri ini kerana sebagai manusia kekadang kita alpa
selamat menyambut Ramadhan to you too..let it be a better one than last year..
ReplyDelete